Friday, March 28, 2014

K.E.M.B.A.L.I

Hidup cuma sementara,
Jalani ia dengan beribadah kepadanya,
Penuhi ia dengan amal jariah,
Berkati ia dengan kebaikkan,
Imbangi ia dengan dunia dan juga akhirat,
Menjadi insan yang berguna,
Insan yang berjasa,

Setiap yang hidup pasti kembali


Saturday, January 4, 2014

2013 - 2014

Selamat Datang 2014

Alhamdulillah: syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menjalani kehidupan untuk tahun 2014 ini. Kehadiran 2014 ini merupakan lembaran baru pada setiap manusia di bumi Allah S.W.T. kerana, ini merupakan kesempatan buat kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik, berjasa dan berjaya. Tutup semua kenangan yang tidak indah dengan permohonan maaf kepada Allah S.W.T. dengan harapan diampunkan dosa terdahulu. Sesama manusia: bermaaf-maafan supaya seandainya ini merupakan tahun terakhir kita bernyawa, kita dapat menutup mata dengan tenang. 

Dengan kesempatan ini, saya memohon maaf diatas kesalahan yang dilakukan, kepada umi dan ayah yang banyak berjasa dalam mendidik dan membesarkan saya selama hampir 23 tahun saya di dunia. Kepada adik-beradik dan juga keluarga yang lain, kepada pensyarah-pensyarah yang sabar mengajar dan memberi ilmu kepada saya. Tidak dilupkan juga kepada rakan-rakan sekolah dan kolej yang banyak membantu dikala saya dalam kesusahan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak dapat disebut nilainya kepada umi dan ayah, kakak dan adik-adik, keluarga, pensyarah-pensyarah, dan rakan-rakan kerana sudi melayani karenah sepanjang saya berada disamping semua. 

Walaupun diberi peluang untuk menjalani kehidupan untuk tahun 2014, akan tetapi ingatlah bahawa kita makin hampir ke penamat hidup kita. Hari semakin singkat untuk kita bertaubat dan beramal sebelum roh dicabut dari jasad.Jangan sia-siakan peluang dan kesempatan yang diberi.

Peringatan untuk diri sendiri dan semua :)

Tanda Kematian

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.”
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
 Source from 'http://www.ohgempak.com'